author
Assalamualaikum s’mua !
farhan tak tahu cam mana page about berfungsi. Jimatkan masa , lebih baik farhan perkenalkan diri je ye tak ? farhan gelaran yang farhan guna sepanjang korang membaca semua karya dalam blog ini sebab tu memang nama farhan. Nama penuhnya muhammad farhan sarkawi. Berasal dari belawai sarawak . Pengalaman dalam dunia blog ini tak lama kalau nak banding dengan usia pokok pisang belakang rumah farhan tu. Baru 2 tahun . Sebelum ini farhan gunakan domain lain tapi atas masalah tertentu domain tu dah kena kebas . Sad story kan ?
farhan ada banyak benda yang farhan sayang dan perlu farhan perkenalkan jugak takut-takut korang tertanya-tanya bila baca apa-apa dalam blog ini nanti. Yang pertama farhan namakan sebagai cik viva. Merujuk kepada kereta viva farhan bernombor flat QRE7451 . Boleh cari kat mana-mana di sarawak terutamanya di sarikei. farhan beli cik viva ni dalam bulan 7 tahun 2009 . Cik viva ini lambang betapa lama farhan berkerja sebab bila farhan mula kerja , farhan terus beli cik viva ini.
Lepas tu , farhan perkenalkan cik nikon . Iaitu cik nikon d3000 yang farhan guna untuk ambik gambar awek-awek. Tak de la. cik nikon ini farhan selalu bawak bersama-sama farhan bila pergi majlis. Lepas tu upload di facebook . cik nikon farhan beli bulan februari 2010 .
farhan ada cik nec . Iaitu laptop kesayang farhan. Dah berusia 2 tahun . Beli masa farhan form 6 dulu. Siapa gemarkan keluaran japan , nec pasti jawapan terbaik untuk korang . Berwarna hitam . Mungkin 4 tahun lagi farhan akan beli cik mac pula untuk gantikan cik nec . amin
farhan seorang yang sukakan sesuatu yang lambat kecuali gaji. Akan berada di kfc lebih 1 jam dan ber’on9 lebih 10 jam setiap hari. Gemarkan nasi lemak daripada nasi pataya .
Terima kasih untuk luangkan masa korang membaca ruang about ni. Serius , farhan masih tak faham kenapa farhan perlu hurai sepanjang ini di ruang about ni. Apa-apa pun, farhan harap ianya tak merugikan korang eh.
Jika korang sampai ke perenggan ini , farhan ucapkan terima kasih sebab kau memang seorang yang kool dan sempoi .
Tq