Langkah 1 : Kenalpasti jenis blog anda

by farhan on March 5, 2010

Pengenalan

Ramai orang mempunyai blog tetapi tidak mempunyai idea apa yang hendak ditulis dalam blog masing-masing . Kenapa perkara ini berlaku ? Adakah ianya berkaitan dengan dunia blogger atau sikap penulis blog itu sendiri? Saya cuba membawa semua untuk memahami masalah ini lebih dekat.

Antara puncanya ialah :

  1. Anda tidak tahu jenis blog anda
  2. Anda tidak tahu fokus blog anda
  3. Anda tidak suka persekitaran blog anda  iaitu berkenaan dengan theme dan susunan widget dalam blog anda.
  4. Anda terlalu kecewa kerana tiada sesiapa yang membaca blog anda.
  5. Anda tidak gemar menulis entri
  6. Anda mencampur adukkan masalah kehidupan harian ke dalam blog

Masalah utama yang perlu anda tahu

Antara yang disenaraikan di atas , saya ingin pembaca meneliti masalah utama blogger sekarang.Iaitu , tidak tahu fokus blog anda. Hasil dari kecelaruan itu, anda tidak dapat menulis blog dengan baik dan kegagalan untuk anda mengesan jenis blog turut membaca anda untuk lebih tidak bersemangat untuk berblogger. Oleh itu , mari atasi masalah tersebut.

Ramai yang beranggapan blog hanya bergantung kepada luahan perasaan semata-mata . Ianya nyata SALAH . Blogger sejati akan tahu membawa hala tuju blognya dan tidak kucar kacir dengan keadaan sekitarnya.

Ada 4 jenis blog yang selalu orang gunakan.

1.Jenis blog personal

Blog jenis ini selalunya digunakan oleh golongan blogger yang ingin meluahkan perasaan mereka semata-mata. Selalunya para newbie gemar memilih theme jenis ini kerana nampak ringkas dan senang untuk difahami. Kebanyakkan blogger lebih suka meletakkan banyak gambar untuk jenis blog sebegini kerana mudah untuk dilakukan tanpa perlu menggubah mana-mana photos milik mereka.

2.Jenis blog magazine

Blog jenis ini pula lebih kepada satu blog yang membawa banyak rangkaian maklumat . Misalnya newpaper . Blog jenis ini selalunya mempunyai banyak idea dan penulis untuk memantapkan blog mereka. Jika anda seorang yang gemar mencari maklumat baru, blog jenis ini amat sesuai untuk anda.

3.Jenis Port Folio

Blog jenis ini pula selalunya digunakan untuk sesiapa yang mempunyai projek tersendiri atau servis. Kebanyakkan mereka yang mempunyai jenis blog seperti ini suka untuk memaparkan hasil kerja mereka dihalaman utama. Anda amat perlukan jenis blog seperti ini nanti jika anda sudah bersedia untuk mendapat duit dari internet melalui perkhidmatan anda!

4.Jenis Commnity

Jenis blog seperti ini lebih kurang sama seperti jenis magazine. Bezanya ialah blog jenis ini lebih berfokus kepada satu topik sahaja. Misalnya mengenai kebajikan penduduk kampung . So, jenis blog ini ditubuhkan untuk menarik orang ramai menyertainya.

Masalah yang berlaku

Ramai blogger mencampur adukkan jenis blog mereka . Saya ambik contoh mudah. Anda ingin membuat blog mengenai diri anda. Tiba-tiba anda gunakan jenis fort folio  . Nampak menarik bagi pandangan anda, tapi tidak sesuai untuk para pembaca.

Penyelesaian & cadangan

Sebelum mulakan blog anda, pastikan anda tahu apa jenis blog anda . Blog anda akan tidak menarik jika tidak kena pada temanya. Betul tak ? Kalau anda nak ke majlis makan, anda kena la guna pakaian formal right ? Tak kan nak guna baju renang . Begitu juga dengan blog ini .

Selamat berjaya !

Blog anda jenis apa?

View Results

Loading ... Loading ...

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: