Langkah 2 : Tetapkan matlamat dan hala tuju blog

by farhan on March 7, 2010


Apabila anda sudah mengenalpasti jenis blog anda , langkah seterusnya yang perlu anda lakukan ialah menetapkan matlamat dan hala juru blog anda.

Apabila mebuat blog atau apa-apa perkara pun , matlamat perlu ada . Hanya dengan matlamat barulah anda boleh mencapai kejayaan. Kenapa saya katakan begitu dan apa kaitannya dengan blog ?

Mungkin anda selalu melihat sendiri diĀ  blog rakan-rakan anda di luar sana atau pun blog anda sendiriĀ  mengenai masalah ini. Masalah blog bercampur cerita atau rojak .

Ramai yang menulis blog mengikut emosi semata-mata. Seperti saya pernah katakan , ianya adalah amat SALAH . Masalah ini tidak lain tidak bukan berpunca dari tiadanya matlamat dan hala tuju blog . Penjelasannya cukup jelas. Apabila blog tiada matlamat, ianya tidak akan diupdate dan kandungannya akan menjadi mengarut.

Sebaiknya rancang dahulu apa matalamat yang anda ingin capai untuk blog anda . Misalnya seperti :

  1. Dengan blog ini aku dapat duit dari iklan goggle adsence .
  2. Dengan blog ini aku akan jadi jutawan internet di Malaysia
  3. Dengan blog ini aku akan jadi terkenal
  4. Dengan blog ini nama aku akan disebut-sebut sebagai otai internet

Matlamat yang digariskan akan membawa para blogger ke halatuju yang ingin di capai. Langkah ini amat penting kerana apabila anda memasukkan beberapa maklumat ke dalam blog anda nanti , maklamat ini amat penting.

Pernah dengan apa itu tagline? Selalunya para blogger akan memasukkan matlamat mereka di dalam ruang tagline dalam blog mereka supaya mereka sentiasa lihat dan mencuba capai matlamat itu.

Kesimpulannya ialah pastikan blog anda sentiasa bermotivasi tinggi dengan adanya matlamat . Matlamat yang kukuh akan mampu membaca blogger untuk lebih berjaya dari satu ke satu yang lebih tinggi . Pastikan itu terjadi kepada diri anda !

Leave a Comment

Previous post:

Next post: