Plugin : Customize More Link

by farhan on March 9, 2010

Masalah ini amat penting untuk diketahui oleh sesiapa yang ingin entri yang lebih kemas dan stail . Saya melihat bagaimana ramai blogger sedikit lupa perasaan pembaca mereka apabila menulis. Adakah anda salah seorang dari blogger yang sering mempamerkan semua entri anda di ruang ‘Home” tanpa shortcut  (more) ? Misalnya seperti gambar ini.

Untuk membuatnya , anda hanya perlu klik pada perkataan “more” di post dashboard.

Masalah yang sering timbul ialah perkataan yang akan selalu keluar ialah “(more”) . Entri kali ini ingin membawa semua untuk menukar (more) ke perkataan lain . Mari mulakannya .

Memperkenalkan Plugin Customize More Link . Ianya direka khas untuk anda menggubah link ke perenggan tertentu . Tugas seterusnya ialah berdasarkan kepintaran anda untuk mencantikkan link tersebut. Saya berikan contoh . Dalam blog ini, saya menukar link saya ke perkataan “read more link →” Hasilnya , anda tidak lagi rimas melihat (more) di blog saya.

Masalah seterusnya ialah selalunya perkataan yang anda gunakan “more” berada di belakang ayat. Oleh itu , tugas seterusnya menambah kod html
ke dalam dalamnya.

Kod penuh yang saya gunakan ialah ini.

%linktext% →

Anda akan lebih faham selepas mengdownload nya. Klik sini untuk download .

Leave a Comment

Previous post:

Next post: