Ini benar-benar lama dah farhan tak update pasal css dalam web . Ini gara-gara banyak sangat benda lain farhan suka kongsi dari bercerita pasal design dan sebagainya. Jadi, kalau nak tips termudah ni , mari rapat-rapatkan mata ke sini.
Masalah : Kita sering bermasalah apabila meletakkan gambar dalam blog dimana kadang-kadang gambar yang kita letak tak cukup kecil atau tidak muat untuk dimasukkan ke dalam entri. Jika gambar kecil kita boleh besarkan , tetapi kalau gambar besar ? farhan lebih suka kalau gambar besar sebab kita boleh kecilkan gambar tersebut muat-muat untuk blog kita. So, tak perlu risau bagaimana nak edit dan sebagainya.
Tip ini farhan rasa amat perlu bagai sesiapa yang selalu meletakkan gambar-gambar dalam blog . farhan adalah salah seorang dari mereka .
Lagi satu, tip seperti ini sebenarnya boleh disettle dengan cara mudah iaitu hanya dengan install plugin bernam ‘ imagefit’ dalam blog anda dan masalah selesai.
Tapi farhan nak ajar cara sukar sedikit tetapi berbaloi untuk anda farhan sebab sebenarnya anda tak perlu cari sangat plugin tu kerana anda sendiri boleh buat. Senang umpama makan mee sup je.
Mula-mula , buka folder theme korang . Lepas tu, cari satu files bernama style.css .
Tampal kat bahagian bawah sekali tu perkataan ini .
img {max-width: 100%;height: auto;}
siap !
p/s : ada masa farhan upload video cam mana buat tu lagi ye :p
Kredit kepada farhanblog.com
{ 2 comments… read them below or add one }
wah, memang terbaiklah. cam mana plak yerk untuk thesis? hehe
sama je.just perlu tambah kat bahagian bawah kat files costum.css